Wednesday, May 13, 2009

anda Mampu Mengubahnya!!!

anda Mampu Mengubahnya!!!

Assalamu’alaikum…

Sudah lama blog ini dibiarkan usang tanpa dikemaskini oleh pemiliknya…pemalas betul org tu. patutlah dipanggil laman sesawang...byk sawang rupenye...
Apodah!

Begitulah juga hati manusia. Jika tidak diisi dengan zikrullah, maka yang akan bertandang ialah zikir syaitan! Naudzubillah!


Hari makin bertambah, usia makin singkat, ilmu makin tambah, amal makin kurang…itulah kite manusia, yang batil disanjung, yang haq disepak masuk gol! Syaitan menang, aku kalah! Astaghfirullah...

Oleh itu wahai manusia, berubahlah!

Perubahan memerlukan pengorbanan dan usaha. Masakan tidak, untuk mengubah bentuk sesuatu objek sekalipun, kita memerlukan tenaga utk menghasilkan daya.

fast forward reaction!

Begitu juga jika kita ingin berubah, kita perlu mujahadah! Mujahadah melawan nafsu! Bukannya mujahadah membela nafsu! Jadikan ilmu sebagai ‘booster’ utk kita berubah...

“Ilmu agama bukannya kita boleh dapat sepenuhnya dlm masa beberapa tahun pembelajaran...”, kata seorang Dr. yang ana hormati.

Benarlah, bila dinilai kembali...dulu, ana score subjek agama sebab hafal! Semuanya kerana exam semata! Tanpa amal apatah lagi penghayatan! Astaghfirullah....

Belajar agama adalah ongoing process!

Kata seorang ustaz, salah satu cara mujahadah ialah pada masa yg sama, kita kena bawak orang lain juga utk berubah…

Seterusnya, bila dah jumpa turning point utk kembali ke pangkal jalan, bergaullah dgn org soleh, yakni berjemaahlah...

Ibaratnya begini...

Seekor kambing yang baru dilahirkan mesti sentiase berada bersama kelompok kambing2 yang lebih tua yakni seniornya. Sebab kambing yang baru lahir ini masih lemah, langkahnya lambat2, kakinya masih belum kuat...Seniornya yg gagah perkasa boleh melindungi dia drp serangan serigala yang sentiase mengintai peluang...

Kukuhkan diri dgn perkara wajib...Bile dah sempurna yg wajib, tambahkan ibadat sunat, di samping adab2 Islam kene jage...

Anda mampu mengubahnya!

Wallahua’lam

P/S: entry ini ditulis dlm keadaan mamai. Jadi, pembaca perlu berada dalam situasi mamai utk memahami isi kandungan entry ini dengan lebih baik. Harap maklum.

...To be continued (bile ana dah tak mamai)

No comments:

Post a Comment