Sunday, August 7, 2011

Parenting is not easy if...

Gambar adik-adik dan emak...

assalamu'alaikum W.B.T

apa khabar semua? Setelah sekian lama tidak meng'update' blog, akhirnya hari ni saya cuba juga mengetik papan kekunci yang kian berkarat.

Saya mulakan dengan dialog berikut:-

Dialog kakak dan adik 1:
"Siti, belanja orang laptop."
"Buat apa? Orang dulu pun beli laptop bila masuk universiti je. alah, ko belum guna lagi. Lagipun, ntah apa2 ko tengok nanti. Lalai ko nanti."
"Kedekut!"

Dialog kakak dan adik 2:
"Siti, belanja orang pizza. Teringinlah..."
"Tak payahlah. Buat gemuk je. Orang dulu masa kecik pun takde makan2 pizza ni. Membazir adalah. Lebih baik makan nasi, lagi sedap."
"Tahi hidung masin!"

Dialog kakak dan adik 3:
"Siti, bawaklah orang jalan-jalan. Orang teringin nak pergi muzium melaka."
"Penatlah...Orang baru balik ni. Kan dah pergi dulu. Ni hari minggu, mesti banda hilir tu sesak gila. Tak payahlah, nanti orang bawak ko jalan2 kat taman."
"Bencilah ko ni!"

Dialog kakak dan adik 4:
"Siti, cantik tak orang pakai baju ni?"
"Ni apa makeup2 ni. Buruklah. Dah, pergi tukar baju tu. Ni mesti terpengaruh ngan kawan2 ni..."
"Huh, dengki!"

Perhatikan pula dialog di bawah ini:-

Dialog kawan dan kawan 1:
"Dijah, boleh tak aku pinjam duit. RM 500. Nak beli laptop barulah..."
"O, boleh2. No, problem..."
"Pemurahlah kau..."

Dialog kawan dan kawan 2:
"Dijah, belanja aku pizza."
"allright. Jap lagi aku tempah."
"Baik budi kau..."

Dialog kawan dan kawan 3:
"Dijah, jom teman aku pergi alamanda jap. Nak jalan-jalan. Boring wei..."
"Set!"
"aha, aku tahu ko mesti setuju. almaklumlah, sahabat setia aku..."

Dialog kawan dan kawan 4:
"Dijah, cantik tak aku pakai macam ni."
"Cantik gile...Make up pun Ok. Semua tip top!"
"Ko ni. aku tak tutup aurat pun ko kata Ok. Parah ni..."

******************************************************************************

Nampak tak perbezaan dialog di atas? Betapa berat sebelahnya saya dalam menjalankan amanah...astaghfirullah...

Saya fikir hanya saya seorang sahaja yang berkelakuan sebegitu terhadap adik-adik. Rupanya ada juga sahabat saya yang begitu. Hem, kakak yang mengharapkan kesempurnaan terhadap adik-adiknya. Habis semua kemahuan dunia adik-adiknya dikekang...Terlalu sangat menjaga...

Terkadang kita lupa.
adik-adik kita juga manusia. Manusia itu tidak mungkin sempurna. Dia perlu dilentur, bukan dipatahkan. Dia perlu dididik, bukan diberi pelajaran. Kehidupannya perlu dibajai dari hari ke hari, sedikit demi sedikit...bukannya terus meletakkan berkilo-kilo baja!

Kakaknya juga lupa,
manusia itu juga bervariasi dari segi perwatakan dan kesukaannya. Dia suka begitu, saya suka begini. Saya suka makan ayam goreng, jadi saya nak adik saya juga suka makan ayam goreng. Persoalannya, patutkah?!.

Hah!

Kakaknya hampir-hampir lupa,
zaman hidup dia dan adiknya itu juga berlainan. Jika si kakak hidup dengan segala macam buku-buku dan alat tulis, adiknya pula hidup dengan skrin di merata tempat. TV, komputer, handphone, ipad...Mereka adalah screenagers! Mengapa si kakak tidak mahu juga melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu ini?!

Oh si kakak masih
lupa juga untuk berdoa buat adik-adiknya!. Difikir dia yang mengatur kehidupan adik-adiknya, tak boleh itu, tak boleh ini. Walhal 4jj1 yang menjaga dan mengawal setiap hati dan gerak langkah manusia...Sombongnya si kakak!

Kasihan si adik. Kakaknya telah melebihi batas...Kakaknya telah menzaliminya...Kakaknya masih dalam cengkerang, tidak mahu keluar melihat dunia luar...

Kesimpulannya, parenting is not easy if ...(seperti di atas)

Sekian, wallahua'lam...

P/S: Marilah mengubah diri sempena bulan ramadhan ni. Be wise, OK! =)