Thursday, November 25, 2010

Heart Crime Scene Investigations (HCSI) by Usrah algebree


-adaptasi dari kisah benar...


Case 1:

Mak Cik Temah adalah seorang pengunjung tegar majlis-majlis ilmu yang diadakan di kariahnya. Dia juga merupakan ahli masjid yang setia dan akan sentiasa teruja untuk mendalami ilmu agama. Mak Cik Temah mempunyai sebuah kedai runcit yang agak laris jualannya. Boleh dikatakan daripada pandangan kasar, kehidupan Mak Cik Temah berada di bawah lingkungan Rahmat Allah. Tetapi Mak Cik Temah menghadapi satu masalah yang besar iaitu hatinya agak keras dan sukar untuk mendengar nasihat orang lain. Pernah satu ketika, Mak Cik Temah bertengkar dengan suaminya sehingga suaminya hampir-hampir menetaknya, tetapi Mak Cik Temah tetap berdegil dan tidak juga berganjak dari tempatnya. Alhamdulillah, mujur suaminya tersedar apabila anak mereka menjerit memanggil namanya. Peristiwa itu membuatkan anak mereka membesar dengan satu perasaan rendah diri, takut dan tidak percaya diri. Bincangkan.


Case 2:

Rina adalah seorang wanita muda yang berkhidmat sebagai tukang urut di sebuah spa di Seremban. Rina gemar berpakaian seksi tetapi bukanlah dengan tujuan untuk menjual dirinya kepada para pelanggannya. Rina juga seorang yang peramah dan disukai oleh pelanggannya. Hasil dari sikapnya itu, Rina dicemburui oleh sahabatnya yang lalu mengenakan sihir untuk menjatuhkannya. Rina sakit untuk beberapa waktu sehinggalah Allah telah menyembuhkannya melalui khidmat seorang hamba Allah. Walaupun Rina mengetahui penyakit yang dihadapinya itu berpunca dari sahabat karibnya, dia tetap memaafkan dan mengabaikan tindakan sahabatnya itu. Selain itu, Rina juga pernah melihat kalimah 99 nama Allah bertebaran di langit di bulan Ramadhan ketika dia kemalangan di Johor. Dia juga melihat kelibat sayap malaikat yang telah menyelamatkannya dari kemalangan yang dahsyat itu. Sejak itu, Rina sentiasa berfikir tentang peringatan yang telah Allah berikan dan dia menyimpan niat untuk mengubah dirinya. Bincangkan.


Case 3:

Pak Leman adalah seorang lelaki yang warak. Dia telah berkahwin dengan seorang cina mualaf. Pak Leman selalu mengisi dirinya dengan ilmu-ilmu agama. Atas sifat dan sikapnya yang sentiasa dahagakan ilmu, dia selalu mengembara dan mencari guru-guru untuk menambah ilmu di dadanya. Dia turut mempelajari ilmu batin. Dalam kesibukan dirinya mencari ilmu, dia terlupa tanggungjawab pada isteri dan anak-anaknya. Satu ketika, isterinya baru sahaja melahirkan anak bongsu mereka. Dalam waktu berpantang, Pak Leman telah mengurung isterinya di dalam rumah. Dalam keadaan lemah, isterinya telah mengalami tekanan psikologi yang hebat sehingga dia terlupa untuk menguruskan anaknya yang baru lahir. Anaknya dibiarkan dalam kelaparan, lampinnya tidak dibersihkan dan dikurung dalam tempat yang gelap. Kini, Pak Leman telahpun meninggal dunia, tetapi hasilnya dia telah meninggalkan bawaan ilmunya (jin) yang menjadi saka pada anak-anaknya hasil dari ilmu yang dituntutnya. Huraikan.

Case 4:

Kamal adalah seorang pemuda yang gemarkan hiburan. Di mana ada hiburan, di situ ada dia. Kehidupan sosial sudah menjadi satu kebiasaan baginya. Arak, judi dan hiburan lagha adalah teman karibnya. Tidak pernah terdetik di hatinya untuk berubah. Baginya, kehidupannya adalah kenikmatan dunia. Tetapi, Allah berkehendakkan untuk dia berubah. Kamal mula merasakan dirinya kosong. Satu demi satu musibah berlaku padanya. Kemalangan yang hampir membawa maut, kekayaannya yang diragut serta-merta, pengkhianatan kawannya dan perceraian membuatkan dirinya jatuh sejatuh-jatuhnya. Di saat itu, dia mencari sesuatu untuk mengisi jiwanya yang kosong itu. Lalu,

Allah memasukkan ketenangan dalam jiwanya dan menganugerahinya dengan kebolehan mengubati orang. Hasil dari kebolehan itu, ramai orang ‘so call alim’ cemburu dan mempertikaikan ilmu yang Kamal ada. Kini, Kamal sudah semakin kuat, dia tidak mempedulikan cercaan demi cercaan yang diberikan kepadanya, kerana di matanya kini hanya satu, Allah…Huraikan.

Sunday, November 21, 2010

Dari meja kaunselor keluarga: "Jika begitu, sila berpoligami!"


Primary Case: Permulaan
"abang rasa fed up dengan isteri. kadang-kadang rasa menyesal kawin ngan dia..."
"Kenapa?", tanya ana.
"Boring tau. Setiap hari makan kat luar, dia tahu nak berkepit je, bukan tau nak masak kat rumah, kemas rumah ke, bangunpun lambat..."
"OIC..."

Secondary Case: Pendakian
"Pak Cik tak tau dah nak buat macam mana. Dah puas tegur, takde jugak perubahan..."
"Kenapa?", tanya ana.
"apa hukumnya jika seorang isteri keluar selama 7 hari tanpa izin suami?. Kalau bab dunia, pak cik dah tak kisah. Tapi ni bab agama...Jadi pak cik dah hilang rasa sayang pada dia, yang tinggal hanya tanggungjawab..."
"OIC..."

Tertiary Case: Klimaks
"aku tak tau dah nak buat macam mana, last2 aku ceraikan dia!"
"Kenapa?", tanya ana.
"Yelah, bukan nak dengar cakap aku. Lebih dengar cakap kawan2 dia. Dah tu, asyik nak berkepit je dengan aku. Habis semua baju aku dia yang pilih. aku keluar ngan perempuan lain pun cemburu melampau-lampau. Tension aku!"
"OIC..."

Fourth Case: Peleraian
"Disebabkan perangai isteri aku macam tu, aku rasa nak kahwin lagi!"
"Kenapa?", tanya ana.
"Kau tahu Dijah, lelaki yang nak poligami ni ada tiga. First, sebab nafsu. Second, sebab sekadar untuk mengisi kekosongan. Third, sebab jiwa yang dalam. Mungkin dialah tulang rusuk aku yang sebenar..."
"OIC..."

**********************************************************************************

assalamu'alaikum...

atas ni antara dialog ketika ana bertukar profesion sebagai kaunselor keluarga. Keje part time...

Benda simple kadang boleh jadi sukar akhirnya. Salah siapa? Fikir-fikirkan...

Hemm...
Teringat pula kata-kata P Ramlee," aku kahwin dengan Saloma bukan sebab kecantikan atau suara dia, tapi sebab dialah jodoh aku...".

Jadi apa solution yang ana suggestkan untuk 4 case di atas?

Dengan penuh yakin ana pun menjawab, "Kalau begitu, sila berpoligami!"

Best tak jawapan? :-)

P/S: Jalan mudah untuk belajar ialah dengan mengambil pengajaran daripada mereka yang telah diberi pelajaran!

Sunday, November 7, 2010

Hidup Realiti Bukannya di Sini...

Hidup Realiti Bukannya di Sini


Hari2 ada yg mati

Pergi sendiri putus hari ini

Amalan diri menjadi saksi

Tunjuk bukti selama ini

Amalan diri menjadi saksi

Tunjuk bukti selama ini

Mati sunyi sepi seorang diri

Mati pasti

peluang tiada lagi…


Sebut pasal mati, pasti akan teringat pada mereka yang telah pergi. Tahun 2009, tahun yang penuh dengan kematian buat ana. Bermula dengan allahyarhamah Dr. Faridah Abdullah, pensyarah mycology, allahyarham busu zaibon (bapa saudara emak) diikuti allahyarham Che aun Osman, ayahku dan Dr. Wan, kenalan rapat keluargaku.


Masih segar dalam ingatan…

Tarikh: Sabtu

Ketika di Mines…


“Siti, balik rumah. Ayah kene tahan hospital, nak operate bisul”, beritahu emak dengan suara terketar-ketar.


“Mak, jangan risau. Takde apa tu. InsyaAllah”, ana cuba untuk bertenang.


Perasaan ana bercampur baur. Ada resah dalam tenang. “Dah berapa kali ayah kene bisul, bawah ketiak pulak tu...”



Setibanya di Hospital Melaka


Kami sekeluarga menunggu ayah keluar dari wad pembedahan.


“ayah OK?”, tanya ana.


“OK”, jawab ayah ringkas. Ayah tersenyum manis. Wajah ayah sedikit sembap. Kami sekeluarga berbual seperti biasa. Ayah ceria melayan kerenah luqman, cucunya. Wajah emak sedikit ceria apabila melihat ayah sihat.


Ana terlihat ada gurat kerisauan pada wajah kaklong…kaklong macam risaukan sesuatu walaupun zahirnya ayah kelihatan sihat…


“Dr. kata bisul ayah tak tumbuh lagi dah...”


“Ye ke? Alhamdulillah”, jawab kami.


“Dik, boleh tolong Pak Cik? Naikkan sikit badan pak cik ni…”, pinta seorang pesakit keturunan baba di sebelah katil ayah.


“Pergilah tolong. Ambik tissue ni…”, kata ayah


Lantas ana dan Pipah (adik) bergegas menolong pak cik itu.


“Terima kasih…”, kata pak cik itu sambil merapatkan kedua-dua tapak tangannya.


“ayah peganglah handphone ni. Senang nak contact.”


“Tak payahlah siti…”


“Siti ingat nak minta kat pensyarah cuti seminggu la. Siti jaga ayah nak?”


“Tak payahlah…Siti tengok mak dan nurul kat rumah je”


“Biar siti bawak motor tengok ayah tiap2 hari, boleh?”


“tak payah…tak payah”


“Siti naik bas?”


“Tak payah…”


“Kalau macam tu, nanti bila dah boleh keluar, ayah call rumah ye. Nanti Siti naik teksi jemput ayah…”

Ayah Cuma tersenyum…



3 Hari Kemudian...


“Mak, kenapa macam malas hari ni?”


“entahlah, Siti. Mak pun sama.”


Lebih kurang pukul 8 pagi, telefon berdering.


“Hello, ni keluarga Che aun ke?”


“Ye, saya anaknya. Siapa ni?”


“Saya dari Hospital Melaka. Ayah adik kena serangan jantung. Keadaan ayah adik tenat. Dr. tengah usaha ni. Adik boleh datang hospital cepat?”


Ha?


“DIK?”


“OK, insyaAllah”


Innalillah…


Allah…


Allah…


Allah…


“Mak, ayah tenat…”



Kami (ana, emak, nurul (adik), Luqman (anak saudara)) bergegas ke hospital dengan kereta ihsan dari jiran.

Ketika tiba di hospital, ana berlari-lari anak menuju ke wad pembedahan…


“Mak, tu ayah!”,


Beberapa orang nurse sedang menolak troli ayah. Ayah dah tak sedarkan diri…


“adik, pergi ke CCU!”, beritahu salah seorang nurse


Mak dah menangis. Ana pura-pura tenang.



Ketika di CCU…


Ana dibenarkan masuk ke CCU.


Dari luar jendela kamar CCU, ana melihat Dr. dan beberapa org. Nurse sedang memasang alat bantuan pernafasan…


“Dr, macam mana ayah?”


“Kami sedang usaha. Sabar ye dik”


Ayah kena sawan dalam koma. Anak mana yang sanggup melihat keadaan ayahnya begini???



Malam kejadian…


Kaklong n family, aton (kak ngah) n family, hisham (abg. Sulung) n family, ca’a (abg. 2nd), imi (abg. 3rd.) n Pipah (adik 1st) tiba di hospital.


Saudara-mara sebelah emak dan ayah serta jiran-jiran juga tiba di hospital.


Aton terus memeluk ana setelah keluar melawat ayah.


“akak tak sangka ayah jadi macam ni…”, katanya sambil menangis.


“Takpelah ton. Nak buat macam mana…Ko jgn susah hati sangat, kau pregnant tu...”


“ayah baik sangat...”


“Takpe, Siti. Abg yakin ayah boleh sembuh”, kata Hisham yang sentiasa optimis.

“insyaAllah...”


Kaklong dan imi pula keluar dari CCU. Kedua-duanya terlibat dalam bidang perubatan.


“Emak kene sabar. Emak kene redha walau apapun yang terjadi...”,kata kaklong.


“apa ni Ida?”. Air mata mak dah tak boleh berhenti.


Muka imi pun dah lain macam. Pertama kali ana melihat dia menangis setelah dewasa.


Rupa-rupanya Dr. ambil masa 20 minit untuk sambung balik pernafasan ayah!!!


Kami semua larut dalam kesedihan. Langit malam turut sama menangis…



Di rumah…


Kami mendirikan solat hajat berjemaah, mohon yang terbaik buat ayah…


“abg. Yakin ayah boleh…”, Hisham masih optimis


“Imi, ko jgn sedih. Esok ko ade kelas, kene balik. Pipah pun. Jangan sia-siakan usaha ayah selama ini. Lepas ni kene lebih cemerlang…”, kata Hisham


Emak masih lagi menangis. Fitri dan nurul (adik 2nd and 3rd.) berusaha memujuk emak.


Kebetulan kami semua berpuasa sunat 1 Rejab...Sedikit usaha untuk membantu ayah...insyaAllah


Ana, hisham, ca’a, imi, adik, pipah bermalam di hospital...


Ayah koma 40 hari. Hampir setiap hari, ana dan emak berulang-alik ke hospital untuk melihat perkembangan diri ayah. Naik motor… padahal sebelum ni ayah and abg2 tak pernah bagi bawak motor ke bandar. Setiap maklumat seperti tekanan darah ayah, creatinine, urea dan sebagainya akan disalurkan pada setiap adik-beradik. Sedikit pergerakan ayah pasti menggembirakan hati kami hatta Cuma muscle twitch.


Buah pinggang ayah mula merosak, pendarahan mula berlaku di bahagian usus, dah berapa banyak darah masuk…segala drugs untuk menaikkan tekanan darah ayah dah digunakan hingga maximum dose…

Setiap kali melawat ayah, kami akan membacakan surah yaasiiin. Imi pasang kaset alQuran dalam bilik CCU ayah. Dr. H berpesan agar ana menyapu air zam2 pada badan ayah sambil membaca al-fatihah dan berdoa agar disembuhkan penyakit ayah. Tak lupa juga doa-doa dari hadith2 nabi…ajar ayah mengucap...


Setiap kali datang melawat ayah, emak pasti menangis. Ana suruh emak bisikkan kata2 sayang pada ayah. Emak benar2 menjadi perindu yang setia. Ana cakap pada emak,”takpe emak, selama ni ayah jaga kita, biar kita pulak jaga ayah...”


Setiap hari, tak putus-putus mesej dan telefon dari sahabat-sahabat yang bertanya khabar ayah...

Banyak persoalan yang tidak terjawab…jasad ayah di sini, roh ayah di mana?. Apakah ayah benar2 masih hidup, walaupun tiada sebarang response? Apakah ayah mendengar setiap kata-kata kami? Air mata yang mengalir di tubir mata ayah, apakah benar2 air mata ayah atau sekadar tindakbalas fizikal ayah?


Dan akhirnya…


Setelah hampir 4o hari bertarung, ayah pergi jua meninggalkan kami…Pemergian ayah bersih, semoga terhapus dosa-dosanya asbab kesakitan yang dihadapinya. Sungguh, ayah benar2 bersih…


Qariah tmn bukit rambai turut sama turun membantu kami menguruskan jenazah ayah…


Kubur digali, gamis dijahit, kapur barus dibancuh, air ditadah…


Inilah kali pertama kami adik-beradik memandikan ayah…


Sesudah itu, jenazah ayah dikapankan…


Lalu ayah disembahyangkan dua kali: di rumah dan di masjid…anaknya sendiri mengimamkan solat…


Lalu, jenazah ayah dibawa ke tanah perkuburan…


Jenazah ayah diturunkan ke liang lahad, tanah dikepal lalu disumbat agar jenazah ayah sentiasa mengadap kiblat, papan lahad diletakkan, perlahan-lahan tanah dijatuhkan dan ditinggikan kira2 sejengkal…


Talqin pun dibaca buat peringatan yang masih hidup…


Lalu, kembalilah semua teman2, saudara-mara, anak-anak, isteri, yg tinggal hanya amal…

Ana mencangkung di sebelah kubur ayah…


Ayah…hari ni ayah pergi tinggalkan kami, allahummaghfrilahu warhamhu wa’a fihi wa’fu ‘anhu…Siti redha ayah pergi…


Redha dan ikhlas…Kerana kita juga akan menyusul…dunia hanya ladang untuk bercucuk tanam, akhiratlah tempat tuaian hasil…I really mean it.


Moga ikhlas dan redha sentiasa berada dalam hati-hati kita…


P/S:

Kisah di atas hanyalah secebis kenangan. Moga menjadi pengajaran buat mereka yang masih ada ibu dan ayah. Berbaktilah pada mereka dengan ikhlas sesuai dengan perintahNya…Bagi persoalan ana di atas, ana sudah temui jawapannya…Kesimpulannya, kenalilah diri…


Ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat insan-insan terpilih yang turut mendoakan dan melawat ayah…


Kepada…

-Lima sahabat dunia akhirat (Hamizah, abby, Intan, sakinah)

-Sahabat SMKST (Hajar, Faezah, Icang, hairil, Hanafi, Dayah, Finaz dll.)

-Keluarga SPS K2 (Fazali, halimi, kak yati, kak hawa, aini, Hafis, zul, asma’, fiqah, asiah, sabariah dll)

-Keluarga mok rajer (Raja, Qahhar, faqimi, yani, agy, farhana, Pijah dll)

-Keluarga mok cu (Nazri, Muhaimin, tiqah, hajar, tsuwaibah dll), semua anak2 umi yg baik hati…

-Kawan2 biologi (neya, along, shah, shasha, shella, suk kuan, mira, dila dll.)

-Dr. misri and Dr. hisham

-kawan2 foreigner (fatimah, mr. mostapha, Salamah dll)

-semua rakan PMI, HT, masturat, haluan, jim…

Serta semua manusia yang mengaku umat Nabi Muhammad saw


-al fatihah!-

Thursday, March 4, 2010

Bacalah kalau nak tahu...


assalamu'alaikum...
apa khabar semua? Semoga sentiasa di bawah rahmatNya.
Gambar di atas in adalah gambar allahyarham ayah (al-fatihah) masa terima anugerah kecemerlangan-pekerja cemerlang Mara...

Yang bawah ni pula gambar ana masa terima anugerah kecemerlangan masa darjah 3 daripada Raja Muda Kedah...




apa yg tersirat di sebalik gambar-gambar ini?

ana diberi pendidikan dari kecil...

Tetapi...

ayah tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang sempurna. hidup di waktu kecilnya cukup daif. Pergi Sekolah dengan kasut koyak rabak, baju sekolah kotor, pakai daun pisang bila hujan...

Ini mungkin fenomena biasa ketika itu...

Tetapi fenomena biasa inilah yang melahirkan berapa ramai insan yang luar biasa...

walaupun ayah tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tapi ayah berjaya menghantar anak-anaknya ke universiti...

Bermula dgn pekerjaan sebagai pekebun sekolah, ayah berusaha gigih untuk memajukan diri. ayah menghantar emak ke sekolah belajar menjahit dan ayah sendiri mengikuti kelas malam untuk menambah ilmu...

Mulanya kami duduk di rumah setinggan, Petaling Jaya. Di sinilah tempat kami membesar. Dengan gaji yang kecil, ayah menyara anak-anaknya. Emak pula sanggup bersengkang mata siang dan malam mengambil upah menjahit baju dan menjual kuih-muih...

Hidup kami cukup sederhana. Terima kasih ayah kerana tidak mengajar kami akan erti kemewahan hidup dunia...Tetapi ayah tak pernah lupa untuk melengkapkan keperluan ilmu dunia dan akhirat kami walaupun dalam keterbatasan kewangan...

Emak ada memberitahu ana, ayah pernah berkata,lebih kurang begini,"Rah, aku tak dapat nak
bagi kemewahan. Inilah apa yang aku dapat bagi..."

Tapi ayah masih terus berusaha...sehingga ayah dinaikkan pangkat dan kami berpindah ke Kulim...

Di Kulim, ayah cukup dihargai oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajar atas sifat pemurah dan suka menolong...

ayah juga mendidik kami dengan rotan. Semua anak-anak ayah pernah rasa kena rotan dan pukul dengan ayah. ana sendiri pun tak terlepas (sebab nakal dan suka menangis...tapi ni masa kecillah :-) )...

Allah...

ana teringat satu hadis (hadis 17) dalam kitab hadith arbain karangan Imam Nawawi...

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu".
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pengajaran daripada hadith ini ialah dalam apa sahaja yang kita lakukan mesti kite buat secara terbaik...Ehsanlah...

Jika menuntut ilmu, kene bersungguh2...

Jika menyembelih, kene bersungguh2...

jika berniaga, kene bersungguh2...

Jika berkahwin, kene bersungguh2... (ini point best!)

Bile kite bersungguh2 dan usaha buat yang paling baik dengan penuh daya upaya kita di samping bertawakal kepadaNya, maka hasilnya pastilah hasil yang cukup menyenangkan...

Kita perlu fikir setiap pekerjaan yang kita buat adalah Ibadah...Bile kata ibadah, mestilah tidak mengandungi unsur-unsur maksiat di dalamnya...Kelalaian dan ketidaksungguhan dalam bekerja bukankah juga merupakan satu maksiat?...Jadi, evade it!

Bak cogan kata pengakap kanak2 (kalau tak silap), 'buat habis baik!'. Bukan setakat melepas batuk di tangga, atau kat lab, atau kat ladang...

ana tutup dengan gambar my lovely brothers masa masih berhingus dulu...(Dari kiri: Imi, Ca'a, Hisham).


Yang atas ni, suasana rumah setinggan dulu. Sekarang dah kene roboh da...Dari kiri: Ca'a, Imi, Pipah. Kat belakang: aton sambil dukung adik (Fitri).

Yang ni gambar adik (fitri) yg teringin nak jadi superman


Lastly, yg. atas ni. dari kiri: emak, nurul, adik, allahyarham ayah

Moga roh ayah dicucuri rahmat ke atasnya. Sayangilah keluarga antum, semoga kita semua dapat berkumpul sekali lagi di syurga nanti...aamiiin...

Wallahua'alam

P/S; Minta maaf dah lama tak update...Terima kasih buat yang masih memantau, teruskanlah memantau agar ana merasa dipantau oleh mereka yang memantau dan dipantau oleh Yang Maha Kuasa...