Showing posts with label Kaunselor Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Kaunselor Keluarga. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Dari meja kaunselor keluarga: "Jika begitu, sila berpoligami!"


Primary Case: Permulaan
"abang rasa fed up dengan isteri. kadang-kadang rasa menyesal kawin ngan dia..."
"Kenapa?", tanya ana.
"Boring tau. Setiap hari makan kat luar, dia tahu nak berkepit je, bukan tau nak masak kat rumah, kemas rumah ke, bangunpun lambat..."
"OIC..."

Secondary Case: Pendakian
"Pak Cik tak tau dah nak buat macam mana. Dah puas tegur, takde jugak perubahan..."
"Kenapa?", tanya ana.
"apa hukumnya jika seorang isteri keluar selama 7 hari tanpa izin suami?. Kalau bab dunia, pak cik dah tak kisah. Tapi ni bab agama...Jadi pak cik dah hilang rasa sayang pada dia, yang tinggal hanya tanggungjawab..."
"OIC..."

Tertiary Case: Klimaks
"aku tak tau dah nak buat macam mana, last2 aku ceraikan dia!"
"Kenapa?", tanya ana.
"Yelah, bukan nak dengar cakap aku. Lebih dengar cakap kawan2 dia. Dah tu, asyik nak berkepit je dengan aku. Habis semua baju aku dia yang pilih. aku keluar ngan perempuan lain pun cemburu melampau-lampau. Tension aku!"
"OIC..."

Fourth Case: Peleraian
"Disebabkan perangai isteri aku macam tu, aku rasa nak kahwin lagi!"
"Kenapa?", tanya ana.
"Kau tahu Dijah, lelaki yang nak poligami ni ada tiga. First, sebab nafsu. Second, sebab sekadar untuk mengisi kekosongan. Third, sebab jiwa yang dalam. Mungkin dialah tulang rusuk aku yang sebenar..."
"OIC..."

**********************************************************************************

assalamu'alaikum...

atas ni antara dialog ketika ana bertukar profesion sebagai kaunselor keluarga. Keje part time...

Benda simple kadang boleh jadi sukar akhirnya. Salah siapa? Fikir-fikirkan...

Hemm...
Teringat pula kata-kata P Ramlee," aku kahwin dengan Saloma bukan sebab kecantikan atau suara dia, tapi sebab dialah jodoh aku...".

Jadi apa solution yang ana suggestkan untuk 4 case di atas?

Dengan penuh yakin ana pun menjawab, "Kalau begitu, sila berpoligami!"

Best tak jawapan? :-)

P/S: Jalan mudah untuk belajar ialah dengan mengambil pengajaran daripada mereka yang telah diberi pelajaran!

Sunday, May 24, 2009

Masalah Problem…(edisi khas dari meja kaunselor keluarga)

Assalamu’alaikum…

Di bawah ini ana pamerkan beberapa dialog yang benar2 berlaku cume struktur ayat mungkin berubah sedikit daripada dialog asal…

Dialog 1

“Dik, abg dah lama kawin. Tapi still takde anak…,” cerita seorg abg kepada ana.

“Ye ke bang? Dah cube berubat?,” kata ana sambil menunjukkan reaksi muka simpati.

“Bukan tak boleh beranak, tapi isteri abg takut nak beranak...Tengok jarum pun takut dik... abg dah cakap kat die mase muda ni bolehla kita jage diri, tapi bila dah tua nanti siape nak tolong kita, tapi...ntahla dik...”

‘Pulak dah…(sekadar monolog dalaman)’

Dialog 2

“Siti, suami makcik dari muda dah main nombor ekor...sekarang ni, habis semua duit die buat main judi…Lepas tu die buruk-burukkan nama makcik depan keluarga dia…Dia kata makcik control duit die, kunci kereta mak cik nyorok, anak2 keje tapi takde pun bagi duit kat dia…macam mane ni?”

‘Pulak dah…(monolog dalaman lagi)’

Dialog 3

“Bukan aku takut bini, bini tak takut aku! Puas aku nasihat, die tak terima jugak. Last2 aku malas nak nasihat lagi…”, kata seorg pakcik kepada ana.

‘Pulak dah…(monolog dalaman sekali lagi)

Dan banyak lagi…

Aduss…

Berat masalah macam ni…

Yelah, masalah rumahtangga orang…Selalu kalau ana bagi nasihat ikut pengalaman sendiri, tapi ni…buknye de pnglmn pun!

Rasa macam kaunselor rumah tangga pun ade juga...

Apa-apapun.

Antum nilailah dialog di atas dan berilah jawapan mengikut kefahaman antum...

Ana lebih suka jika kita menilai dari pokok permasalahan...

Ana bagi satu misalan…

Mengikut teori, benih yang baik akan menghasilkan pokok yang hasilnya buah yang cantik dan lebat…apabila besar, pokok itu dengan bangganya terus menghasilkan buah yang cantik dan lebat. Tetapi si pokok terlupa bahawa nutrient di dalam tanah semakin berkurangan…Kekurangan menyebabkan kelemahan… Pada suatu hari, afid datang menyerang lalu menyerap nutrient yang ada pada pokok tersebut…Maka, berpenyakitlah pokok tesebut. Tiadalah lagi mampu si pokok itu untuk menghasilkan buah yang cantik dan lebat…daun-daun muda mula menguning (Chlorosis), dahan-dahan si pokok mula mereput menandakan ajal si pokok semakin menghampiri…Si pokok mula pasrah dalam tangisan…

Tiba-tiba, berdiri tegak seorang petani muda yang bersimpati kepada si pokok. Si petani muda mengambil racun hama lalu disembur kepada afid-afid yang telah membina empayar colony afid pada dahan dan daun si pokok...

“Nyah kau dari sini!,” kata petani muda dengan gagahnya.

Maka tinggallah jasad afid tanpa roh pada pokok tersebut…Si petani muda lantas membaja pokok tersebut dengan baja yang bercampur dengan EM(effective microorganism). Si petani muda juga melakukan proses keratan pada dahan-dahan pokok yang masih elok utk memastikan kesinambungan generasi si pokok...

Rupenya ajal si pokok masih belum tiba...Maka hiduplah si pokok dengan senang hati dan berbaktilah si pokok pada petani muda lantas si pokok menghasilkan buah-buahan yang cantik dengan gilang-gemilangnya...

Happy ending…

Dapat ibrahnya???

4 kriteria pemilihan pasangan yang telah digariskan dalam syariat Islam iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama. Yang paling utama adalah pada agama pasangan...

Solehkan diri, InsyaAllah kita akan dapat pasangan yang soleh juga...

Kisah ayah Syeikh abdul Qadir Jailani yang sanggup bekerja hanya semata-mata utk memastikan tiada makanan syubhat yang masuk dalam perutnya. Ganjaran padanya, dia dikahwinkan dengan wanita yang terjaga dari segala aspek...

Begitu juga kisah ayah Imam Syafie. Jawapannya apabila ditanya bagaimana dia boleh dapat anak yang begitu baik, “aku menjaga diriku 20 tahun sebelum dia dilahirkan...”

MasyaAllah…

Itulah pemilihan benih yang baik…

Jangan disangka tiada ujian jika kite telah memilih benih yang baik. Ujian pasti ada. Biasanya Allah akan menguji pada kelemahan kita untuk menguatkan kita…

Si afid menyerang bile didapati si pokok mula lemah disebabkan kekurangan nutrien dan air…Mungkin pasangan ini mula lupa pada tujuan hidup mereka. Timbullah penyakit wahan…Cinta dunia dan takut mati…Mula tinggal qiam, puasa sunat dll. Maka berlakulah keretakan dalam hubungan suami isteri…

Allah…

Maka bermuhasabahlah diri ini… Bila kita dah tersedar akan kesilapan kita, Allah pasti akan menghadirkan bantuannya…Samaada melalui diri sendiri ataupun melalui org. lain…Kehidupan akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya…Bile berhadapan dengan sesuatu masalah, kite sudah tahu jalan penyelesaiannya…

Apakah itu???

Back to the Quran and Sunnah!

Wallahua’lam.

P/S: Tiba2 ana diserang kembali oleh penyakit mamai...Target minggu ni, exceed the ‘mamai’…ada tak sesiapa yang ada racun mamai?... apodah!