Thursday, March 4, 2010

Bacalah kalau nak tahu...


assalamu'alaikum...
apa khabar semua? Semoga sentiasa di bawah rahmatNya.
Gambar di atas in adalah gambar allahyarham ayah (al-fatihah) masa terima anugerah kecemerlangan-pekerja cemerlang Mara...

Yang bawah ni pula gambar ana masa terima anugerah kecemerlangan masa darjah 3 daripada Raja Muda Kedah...




apa yg tersirat di sebalik gambar-gambar ini?

ana diberi pendidikan dari kecil...

Tetapi...

ayah tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang sempurna. hidup di waktu kecilnya cukup daif. Pergi Sekolah dengan kasut koyak rabak, baju sekolah kotor, pakai daun pisang bila hujan...

Ini mungkin fenomena biasa ketika itu...

Tetapi fenomena biasa inilah yang melahirkan berapa ramai insan yang luar biasa...

walaupun ayah tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tapi ayah berjaya menghantar anak-anaknya ke universiti...

Bermula dgn pekerjaan sebagai pekebun sekolah, ayah berusaha gigih untuk memajukan diri. ayah menghantar emak ke sekolah belajar menjahit dan ayah sendiri mengikuti kelas malam untuk menambah ilmu...

Mulanya kami duduk di rumah setinggan, Petaling Jaya. Di sinilah tempat kami membesar. Dengan gaji yang kecil, ayah menyara anak-anaknya. Emak pula sanggup bersengkang mata siang dan malam mengambil upah menjahit baju dan menjual kuih-muih...

Hidup kami cukup sederhana. Terima kasih ayah kerana tidak mengajar kami akan erti kemewahan hidup dunia...Tetapi ayah tak pernah lupa untuk melengkapkan keperluan ilmu dunia dan akhirat kami walaupun dalam keterbatasan kewangan...

Emak ada memberitahu ana, ayah pernah berkata,lebih kurang begini,"Rah, aku tak dapat nak
bagi kemewahan. Inilah apa yang aku dapat bagi..."

Tapi ayah masih terus berusaha...sehingga ayah dinaikkan pangkat dan kami berpindah ke Kulim...

Di Kulim, ayah cukup dihargai oleh rakan-rakan sekerja dan pelajar-pelajar atas sifat pemurah dan suka menolong...

ayah juga mendidik kami dengan rotan. Semua anak-anak ayah pernah rasa kena rotan dan pukul dengan ayah. ana sendiri pun tak terlepas (sebab nakal dan suka menangis...tapi ni masa kecillah :-) )...

Allah...

ana teringat satu hadis (hadis 17) dalam kitab hadith arbain karangan Imam Nawawi...

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu".
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pengajaran daripada hadith ini ialah dalam apa sahaja yang kita lakukan mesti kite buat secara terbaik...Ehsanlah...

Jika menuntut ilmu, kene bersungguh2...

Jika menyembelih, kene bersungguh2...

jika berniaga, kene bersungguh2...

Jika berkahwin, kene bersungguh2... (ini point best!)

Bile kite bersungguh2 dan usaha buat yang paling baik dengan penuh daya upaya kita di samping bertawakal kepadaNya, maka hasilnya pastilah hasil yang cukup menyenangkan...

Kita perlu fikir setiap pekerjaan yang kita buat adalah Ibadah...Bile kata ibadah, mestilah tidak mengandungi unsur-unsur maksiat di dalamnya...Kelalaian dan ketidaksungguhan dalam bekerja bukankah juga merupakan satu maksiat?...Jadi, evade it!

Bak cogan kata pengakap kanak2 (kalau tak silap), 'buat habis baik!'. Bukan setakat melepas batuk di tangga, atau kat lab, atau kat ladang...

ana tutup dengan gambar my lovely brothers masa masih berhingus dulu...(Dari kiri: Imi, Ca'a, Hisham).


Yang atas ni, suasana rumah setinggan dulu. Sekarang dah kene roboh da...Dari kiri: Ca'a, Imi, Pipah. Kat belakang: aton sambil dukung adik (Fitri).

Yang ni gambar adik (fitri) yg teringin nak jadi superman


Lastly, yg. atas ni. dari kiri: emak, nurul, adik, allahyarham ayah

Moga roh ayah dicucuri rahmat ke atasnya. Sayangilah keluarga antum, semoga kita semua dapat berkumpul sekali lagi di syurga nanti...aamiiin...

Wallahua'alam

P/S; Minta maaf dah lama tak update...Terima kasih buat yang masih memantau, teruskanlah memantau agar ana merasa dipantau oleh mereka yang memantau dan dipantau oleh Yang Maha Kuasa...












1 comment:

  1. Tahniah kerana berjaya update blog. Kisah perjalanan hidup nti sekeluarga yang ana kagumi. Salam takziah...hulur al-fatihah ana buat arwah ayahda nti, semoga rohnya dicucuri rahmat, diberi pengampuanan oleh Allah s.w.t serta ditempatkan bersama roh orang2 yang soleh, amin...

    ReplyDelete