Tuesday, June 2, 2009

Cerpan Mamai...

Assalamu’alaikum...

Aku adalah aku.

Seorang gadis berumur 22 tahun, sentiasa memakai baju kurung dan bertudung labuh, mempunyai ijazah dalam bidang sains dan sekarang aku bekerja sementara di kedai berdekatan dengan sebuah institusi pengajian tinggi sekitar Selangor.

Pada suatu hari yang panas membahang...

‘ape ni? Takde cop halal pun barang ni. Kene report kat Kak Mah ni. Apodah’, aku membebel bersendirian memandangkan takde orang yang sudi mendengar bebelanku. Apodah!

Sedang aku ligat mengira stock barang di kedai, masuk seorang gadis yang kukira sebaya umur denganku. Seorang gadis berpakaian moden, berskirt biru pendek, rambut rebonding dan ....Hemm...

‘Cantik’, bisik hatiku.

“Ye, nak beli ape?”, tanyaku.

“Nantilah aku tengok-tengok dululah! Tak sabar-sabar!”, balasnya.

“Oh, ye. Maaf. Silalah tengok dulu. Hemm, kalau boleh saya tahu, nama saudari ni ape ye?”

“Ifa! Apasal ko sibuk-sibuk nak tahu nama aku?!”

Aku cuba mengukir senyuman walaupun syaitan sedang meniupkan api kemarahan dalam hatiku atas kebiadapan seorang gadis yang bernama Ifa.

“Saje. Cantik nama. Macam orangnya jugak. Saya Siti.”, kataku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Heh!”, Ifa menyambut salamku...Bukan menyambut, tapi menepis sebenarnya…

“Ifa belajar kat sini ke?”

“Suke hati mak bapak akula nak blaja kat manapun. Kau boleh tak senyap? Aku tengah tension ni!”

“OK, baik2 Ifa...”, kataku sambil menikus di sebalik rak barangan dapur. Garangnya!

“Dahla, takde ape boleh aku beli. Barang low class!”, Ifa bersuara setelah agak lama membelek-belek barangan yang dijual.

“Ha, lagi satu. Aku tak suka orang bertudung labuh macam kau!” kata Ifa sambil menuding jari telunjuknya padaku.

“takpe. Awak tak suka orang macam saya, tapi saya suka orang macam awak!. Assalamu’alaikum Ifa!”, balasku sambil tersenyum tersengih mcm kerng busuk.

“Gile punye perempuan!”, gumam Ifa sebelum melangkah keluar dari kedai ini.

Aku membelek-belek tudung labuhku. ‘Apa yang salah dengan tudung ni?’, desis hatiku. Aku rase takde salah, tudung ni betul ape…Ish…ish…

Tapi…Alhamdulillah, kesabaranku masih berbaki, jika tidak, mahu kena sembur si Ifa dengan mulut orang Melaka macam aku ni!.

‘takpe Ifa. Satu hari akan kupakaikan kau dengan tudung labuh ni jugak, InsyaAllah!’, azamku hari ini.

Lalu, aku mula menyusun pelan untuk melaksanakan azamku itu…

Pelan A

(Bersambung)

*******************************************************************

P/S: Nampaknya ana berjaya menyebarkan virus mamai kepada kawan2 terdekat...Bigger muslimah, tak nak bagi respon mamai? (dengan reaksi ‘poker face’)

No comments:

Post a Comment