Wednesday, May 13, 2009

Permohonan Maaf Secara Terbuka...

Assalamu’alaikum…

Ana fikirkan hari ini, ‘mamai’ ana akan berkurang...Rupanya tidak, bahkan bertambah!

Beberapa jam yang lalu…

Tok! Tok!

Masuk!

“assalamu’alaikum, Dr…”

“Wa’alaikumussalam. Ha, Dijah. Masuk2.”

Anapun masuk dan duduk dengan penuh tertib. Lalu ana pun menunjukkan data-data yang telah ana summarizekan dalam bentuk graf.

Seteleh Dr. Membelek2 data tersebut, maka bermulalah sesi dialog ‘mamai’ antara kami…

“Gini, awak kene tambah treatment lagi. Tambah geolite dengan EM. Chemical analysis ni kene study. Buat analysis total nitrogen, organic carbon, NPK analysis, nitrate analysis, nitrite analysis, ammonia analysis and total nitrogen. Tengok kelebihan pada organic fertilizer sebagai slow release fertilizer. Fungsi microbe....Treatment tu kene process…tanam kat ladang...dot dot dot. Banyak keje awak ni...”

Pang!

Seperti ade tangan ghaib yang menampar muka ini...

Tamparan kuat yang membangkitkan ana dari lena yang panjang...

adoi...

“Ye ke Dr.? Banyak rupenye saya kene buat.”, kata ana sambil menggaru kepala yang tak gatal.

Setelah habis dialog mamai ini, maka ana pun keluarlah dengan muka yang mamai yakni blur…

Fisiologi…

Satu bidang kajian yang mengaitkan kesemua subjek sains: Biologi, kimia, fizik, matematik…

Dan agama...

Kesudahannya…ana mamai…

***********************************************************************************
Permohonan maaf secara terbuka…

Jadi, di sini, wahai sahabat2 yang dikasihi, ana mohon maaf jika ada yang tegur ana tapi ana tak terjawab, takpun yang senyum pada ana, tapi ana terbalas dengan muka kering…maaf sangat2, kerana mengertilah sahabatmu ini sedang berada dalam keadaan mamai yakni keadaan separuh sedar…

Sile perhatikan imbuhan awalan -ter ye...maksudnya tak sengaja....

Tapi ana dah mula rs seronok berada dalam keadaan mamai kerana otak akan terus berfikir...

Apodah!

ana teringat satu kisah yg diceritakan oleh Ustaz Rahmat abdullah dalam filem 'sang murabbi'...

Begini lebih kurangnya...

Seekor monyet bergyut dr pokok ke pokok. Bile datang angin yang kuat, semakin kuat dia berpaut pada pokok tersebut. Tetapi, bila angin sepoi2 bahasa, si monyet seolh2 memandang rendah pada angin tersebt. Lalu dipegangnya dahan pokok itu tanpa kesungguhan. Tapi dia lupa mungkin dahan yang dipegangnya itu reput...dan terjatuh berdebuklah monyet itu ke tanah, dan terpaksalah ia menanggung kesakitan akibat drp kelalaiannya...

Pengajarannya...
............................................(Sila isikan tempat kosong ni)

apa2pun, suka ana mengingatkan, Dua nikmat yang manusia sering leka adalah nikmat kelapangan dan kesihatan.

Berhati2lah dgn dua nikmat ini kerana mungkin dua nikmat ini boleh diibaratkan seperti angin sepoi2 bahasa...

Wallahua'lam.

P/S: adakah antum berasa mamai apabila membaca entry ini?...apodah!

No comments:

Post a Comment