Tuesday, March 10, 2009

Pengalaman Sepanjang BTN

Assalamu’alaikum…

Refreshing sikit...

Cube angkat tangan antum dan pegang dada antum…Tanya soalan ini, “apa khabar imanku hari ini? Semakin sihat atau semakin sakit? Apa ada virus hati yang cuba menyerang?” Tepuk dada, Tanya iman...

Sepanjang hidup ana, banyak benda baru yang ana belajar. Sama ada secara formal atau informal, tapi rasanya yang lebih banyak memberi penghayatan ialah pembelajaran secara informal. Sebab apa, kalau formal kite belajar daripada seorang guru tapi kalau informal kite belajar dari banyak guru...dan hasil dari gabungan pendidikan secara formal dan informal inilah yang telah membentuk diri kita hari ini...

Mengenang balik kisah di BTN…

Ana pernah mengikuti BTN di Kem Ulu Kenas, Perak sekitar tahun 2006 (masa ana 1st year). Ana mewakili Kelab al-Biruni. Sepatutnya ada 2 org. lagi wakil yang ikut sama, tapi entah kenapa, tak jadi pergi pulak. So, ana dengan segala kepayahan memaksa diri untuk bersendiri tanpa teman…

Kami tiba lewat malam dan memandangkan semua peserta sudah keletihan, ketua fasi BTN membenarkan kami tidur awal. Ana pilih katil double decker, bahagian atas, sebelah kiri katil ana tu Chinese…

Biasanya sebelum tidur, memang ana akan baca surah al-Mulk. So, ana bacalh dengan suara sederhana kuat. Lepas habis baca, ana berdoa, baca ayat kursi, 3 Qul lalu dihembus ke tangan sampai habis nafas, dan disapu ke seluruh anggota badan yang dapat dicapai...

Keesokkan harinya…

Bermulalah cabaran seorang yang membawa identiti mslimah bertudung labuh…Memang banyak mata yang memandang sinis kepada ana memandangkan ana kira masa tu ana sorang je yang bertudung labuh kot…

Ana ingat lagi nama group ana. ‘aura’, ceh dari mana datang idea pun tak tahu le. Ceramah demi ceramah, semuanya bertujuan menanam sikap nasionalisme. Lepas tu LDK...

Kumpulan ana terdiri drp wakil kelab math, persatuan kristian, persatuan Buddha, dll. Yang best kawan baik ana dari persatuan Buddha ni…Masa Taaruf, ramai jugak komen ana, kwn Chinese ana kata ana baik sebab ana ada tegur die sebelum sampai BTN lagi, ada plak lelaki kata “Die sopan etc…Saya sukalah tengok!”, dan sesungguhnya ana pun terkedu…

Masa LDK, serangan saraf bermula. Mula2 ana dikritik oleh fasi tentang suara ana yang halus. Ana jawab nak buat macam mana, memang suara macam ni. Kemudian ana diserang lagi dengan soalan agama, “apa maksud iman?, sekian.sekian”. Bila ditanya begitu, ana buat muka kering, jawab soalan tu satu persatu mengikut kefahaman ana, dan akhirnya fasi tu pun tak Tanya lagi…

Ada satu LDK tu, kami kena debat pasal poligami, dan fasi tu memasukkan ana dalam group yang membangkang poligami (tak tau la sengaja ke tak)…Pihak pembangkang terdiri drp. 2 org lelaki (melayu & Chinese) dan ana sorang perempuan…

Bile start berhujah, ana nyatakan pendirian kami pihak pembangkang, bukan membangkang pada hukum, tapi membangkang pada cara pembawaan…dan budak lelaki nipun ngangguk je sebab mereka kata disebabkan ana seorang perempuan, maka analah kekuatannya...

Kami pun berbahas…Last sekali fasi Tanya, betul ke pihak pencadang benar2 menyokong poligami? “Oh, tidak, tak nak!”, inilah jawapan mereka…Ish, bagi ana jadi pencadang lagi bagus! Dunia oh dunia, semuanya bertunjang nafsu…

Petang tu ada rekreasi sikit…jungle trekking, then abseiling...Bersoraklah kaum adam dan hawa mengundang syaitan…Memandangkan ana rasa abseiling perlu di’seal’kan daripada pandangan lelaki, so berbekalkan sedikit kekuatan, ana pun bangkit…

“assalamu’alaikum. Saya musafir jalanan (nama samaran) dari group aura…Boleh tak kalau kita asingkan lelaki dan perempuan? Maksudnya kalau lelaki nak abseiling dulu, kami perempuan duk tempat lain, kalau perempuan dulu, lelaki dipersilakan ke tempat lain…”

Suara latar: “Mana boleh? Nanti siapa nak sokong perempuan?tak boleh!”
~Sedihnya hati ini, ada je org. Islam yang membangkang…~

Akhirnya sebelum abseiling bermula, pihak fasi pun mempersetujui cadangan ana tadi. Dan berduyun-duyunlah pihak lelaki ke tempat lain. Yang beriman, pergi dengan kepala tunduk penuh tawadhuk, yang membangkang, entahla…

Ana pun melepaskan gian ber’abseiling’ dengan sungguh2…sebab ana memang suka aktiviti lasak yang mencabar kemampuan fizikal ana yang tak kuat ni!

Masa LDK yang hampir-hampir last, fasi grup ana meminta ahli group untuk saling meramalkan pekerjaan yang sesuai untuk setiap ahli kumpulan berdasarkan perwatakan masing2…

Kawan Chinese ana kata ana sesuai jadi cikgu kindergarten. “Mesti comel dia dengan budak-budak”, beginilah katanya. Ada seorang lelaki plak kata,”saya rase die sesuai jadi peguam”, maka berbahaslah fasi ana dengan budak lelaki ni atas hujah kenapa ana sesuai jadi peguam. “Sebab dia boleh jawab soalan bertubi-tubi dengan tenang,” jawab akhi ni. Maka terdiamlah fasi tu dan ana sendiri pun terdiam, tak sangka boleh orang kata ana jadi peguam. Siapalah ana nI...Ish...ish...ish...

ada plak kata ana sombong, tak banyak cakap…lalu bangkitlah kawan Chinese ana mempertahankan ana…”Tak, dia tak sombong. Saya dah kenal dia dulu sebelum ni.”, kata Chinese ni. Ana pun terdiam lagi tambah terharu…

Masa perpisahan, kami pun buat halaqat, pusing sambil salam. Ada yang salam dengan muka macam pandang ana ni sampah, salam pun hujung jari je...Yelah, sapelah diri ini di matamu... ana hanyalah musafir jalanan yang hina dina…

Rupenya, Allah naikkan balik motivasi diri ana... ada seorang chinese salam ana dengan muka tersenyum penuh keikhlasan...die peluk ana, salam ikut sunnah, melagakan pipi tiga kali...Ya
Allah, terharunya diri ini! Dialah Chinese sebelah katil ana tu...

Masa nak dekat balik, ade sorang Indian berkenalan dengan ana…kami pun sembang-sembang…Last-last dia kata ada sorang budak lelaki dalam grup dia nak kenal ana. Budak lelaki tu kata,”bagus betulla musafir jalanan tu!”. Dia puji tindakan ana, berani bangkit mempertahankan hak… ana pun buat-buat muka kering lagi…

Beberapa hari kemudian…

One message received…

“assalamu’alaikum…Musafir jalanan ye. Saya si polan dari fakulti dot dot dot...saya nak berkenalan dengan musafir jalanan etc.”

Allah…

“allahumma sabbit qulubana ‘ala dinik, wa’ala to’atik, wa’ala jihadi fisabilik, innaka ni’mal maula wani’man nasir…”

.........................................................................................................................................................................

Banyak benda boleh belajar dari pengalaman ni...Moga Allah beri hidayah pada kedua-dua kawan Chinese ana tu...Baru ana sedar, kita takkan pernah sorang. Allah akan beri kekuatan melalui hamba-hambanya yang lain untuk Bantu kita…Takpun Allah tambah keberanian dalam diri kita (walaupun ana ni sebenarnya passive)…

Lagi…

Istiqamahlah dalam melakukan ibadah…Sunnah nabi kite kena genggam…Bila al-Quran dan sunnah jadi pegangan kita, non muslim sendiri akan respect kite…

Seterusnya…

Sebagai seorang yang berkesedaran berdakwah, kita takkan sunyi dari tentangan org Islam sendiri…bak kata pepatah, ’gunting dalam lipatan’, ‘musuh dlm selimut’, dll. Kite sendiri kena kuat. Biar kita lembut di luar, tapi hati kita kena waja.

Berikutnya…

Bila kita bangkit, pasti ada yang akan rasa kagum…bila kagum, mula ushar…ni bab hati dan perasaan… Kalau tak kuat, mahunya kite sambut seruan syaitan untuk bercouple…Tu sebab ramai budak baik terjebak dengan couple yang tak bermanfaat sebab tak tahan dengan godaan nafsu…
Kadang-kadang timbul perasaan riak, ‘ujub dsb. dlm diri…bagi ana, benteng untuk bab hati dan perasaan ni ialah qiamullail…Munajat pada Allah mohon kekuatan zahir dan batin… Blh rujuk pada ustaz dan ustazah.

Ha, lagi. Ana dah pandai buat muka kering. Macam k yati ajar teorinya, kire masa BTN ni ana praktikallah...:-)

Dan banyak lagi...

Semuanya kembali pada yang Maha Satu...

Sikit pun pengalaman ana ni tak layak untuk membuka mata antum…apa lagi untuk men’zuqq’kan hati antum...

Siapalah diri ini di matamu???

Saya hanyalah musafir jalanan yang hina dina…

7 comments:

  1. Salam..

    Jeng.. jeng.. jeng.. littleMuslimah nak mengomen..

    ermm.. bagus2.. x ramai yg brani buat cam cik musafir jalanan nih.. hehe..

    refresh balik citer yg cik musafir jalanan pernah citerkan satu masa dulu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. tambahan2..

    watla shout box.. nak men'shout' ni.. hehe..

    ReplyDelete
  3. anda telah ditag!! sila rujuk blog saya.. hehe

    ReplyDelete
  4. kak dijah..

    ajar la sy wat muke kering..hehhee

    ReplyDelete
  5. muka kering???

    makan biskut kering byk2.. haha

    betul tak dijah??

    ReplyDelete
  6. Salam... Wah. hebat subgguh. Dapat saya bayangkan betapa keringnya anda bila diperlakukan begitu. Saya pun risau saat saya BTN esok. Risau juga kalau diprovok banyak2 kali... Thanks for sharing info...

    ReplyDelete
  7. wow .ana pon baru habis kursus BTN .nt ana tulis pasal BTN ana .ana punya mungkin low dari enti .tapi dugaan kami xkurang hebatnya .

    ReplyDelete