Sunday, November 21, 2010

Dari meja kaunselor keluarga: "Jika begitu, sila berpoligami!"


Primary Case: Permulaan
"abang rasa fed up dengan isteri. kadang-kadang rasa menyesal kawin ngan dia..."
"Kenapa?", tanya ana.
"Boring tau. Setiap hari makan kat luar, dia tahu nak berkepit je, bukan tau nak masak kat rumah, kemas rumah ke, bangunpun lambat..."
"OIC..."

Secondary Case: Pendakian
"Pak Cik tak tau dah nak buat macam mana. Dah puas tegur, takde jugak perubahan..."
"Kenapa?", tanya ana.
"apa hukumnya jika seorang isteri keluar selama 7 hari tanpa izin suami?. Kalau bab dunia, pak cik dah tak kisah. Tapi ni bab agama...Jadi pak cik dah hilang rasa sayang pada dia, yang tinggal hanya tanggungjawab..."
"OIC..."

Tertiary Case: Klimaks
"aku tak tau dah nak buat macam mana, last2 aku ceraikan dia!"
"Kenapa?", tanya ana.
"Yelah, bukan nak dengar cakap aku. Lebih dengar cakap kawan2 dia. Dah tu, asyik nak berkepit je dengan aku. Habis semua baju aku dia yang pilih. aku keluar ngan perempuan lain pun cemburu melampau-lampau. Tension aku!"
"OIC..."

Fourth Case: Peleraian
"Disebabkan perangai isteri aku macam tu, aku rasa nak kahwin lagi!"
"Kenapa?", tanya ana.
"Kau tahu Dijah, lelaki yang nak poligami ni ada tiga. First, sebab nafsu. Second, sebab sekadar untuk mengisi kekosongan. Third, sebab jiwa yang dalam. Mungkin dialah tulang rusuk aku yang sebenar..."
"OIC..."

**********************************************************************************

assalamu'alaikum...

atas ni antara dialog ketika ana bertukar profesion sebagai kaunselor keluarga. Keje part time...

Benda simple kadang boleh jadi sukar akhirnya. Salah siapa? Fikir-fikirkan...

Hemm...
Teringat pula kata-kata P Ramlee," aku kahwin dengan Saloma bukan sebab kecantikan atau suara dia, tapi sebab dialah jodoh aku...".

Jadi apa solution yang ana suggestkan untuk 4 case di atas?

Dengan penuh yakin ana pun menjawab, "Kalau begitu, sila berpoligami!"

Best tak jawapan? :-)

P/S: Jalan mudah untuk belajar ialah dengan mengambil pengajaran daripada mereka yang telah diberi pelajaran!

4 comments:

  1. sebab itu poligami dibenarkan dalam Islam, tapi yang pelik kenapa la kebanyakkan perempuan tak boleh terima, ini hukum yang datangnya dari Allah. Sesungguhnya Pencipta itu lebih memahami ciptaannya.

    ReplyDelete
  2. sebab manusia lebih bergantung pada akalnya...tanpa disedari, dia telah mengatasi haknya sebagai hamba...dan ada juga yg menggunakan nafsunya atas alasan kebenaran...

    ReplyDelete
  3. Dengan begitu yakin, ana pun menjawab, "Kalau begitu, sila berpoligami!"

    Best tak jawapan?

    hahahahahahahaha..... lawak sunggoh tang yang ni..

    ReplyDelete
  4. Ni kira final solutionla, lepas puas nak cari solusi lain...ayoyo...

    ReplyDelete