Thursday, March 5, 2009

Siapakah saya di matamu???

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh…

Marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah atas segala nikmat yang tidak pernh putus…

Selawat dan salam kita panjatkan ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w…

Siapakah saya di matamu???

Saya hanyalah musafir jalanan yang berkelana mencari ilmu Allah yang tidak terkira luasnya…Jika seluruh pokok ditebang untuk dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, masih lagi tidak cukup untuk mencatat seluruh ilmu Allah yang Maha Agung…& saya yang kecil lagi hina dina ini hidup di bumi atas belas kasihan Allah yang Maha Mengasihani…

Siapakah saya di matamu???

Saya hanyalah musafir jalanan yang selayaknya kamu yang berkenderaan palitkan lumpur sahaja apabila kamu berselisih dengan saya ketika hujan…kerana saya hanyalah pejalan kaki yang hina dina…

Siapakah saya di matamu???

Saya hanyalah musafir jalanan yang sebelah mata pun tidak layak dipandang…kerana saya hanyalah insan yang berpakaian hina dina…

Siapakah saya di matamu???

Saya hanyalah musafir jalanan yang setiap hari berbuat dosa dan tidak setanding untuk beriringan denganmu yang hidup mulia…

Siapakah saya di matamu???

Saya hanyalah musafir jalanan yang dengan hinanya ingin berkongsi sedikit ilmu bersamamu walaupun saya tahu saya ini hina dina…

Kerana…

saya sedar ILMU yang diAMALkan yang akan merubah saya yang hina dina ini untuk menjadi mulia sepertimu…

Tambahan pula…

Saya tidak mampu berpakaian, berkenderaan dan makan makanan mewah seperti dirimu yang mulia…

Apakah kamu sudah mengenali diri ini, seorang musafir jalanan yang hina dina???

4 comments:

  1. "Apakah kamu sudah mengenali diri ini, seorang musafir jalanan yang hina dina???"

    dah kenal dah.. hehe.. awat merendah diri sgt neh??

    dijah.. i'm waiting 4 ur new post.. mesti best!!

    ReplyDelete
  2. "Siapakah saya di matamu???

    Saya hanyalah musafir jalanan yang selayaknya kamu yang berkenderaan palitkan lumpur sahaja apabila kamu berselisih dengan saya ketika hujan…kerana saya hanyalah pejalan kaki yang hina dina…"

    WRQ 5565 sudi menumpangkan anda yg sdg berjalan kaki.. ngeh.. ngeh..

    jgn segan2 nak bayar duit minyak.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. "Siapakah saya di matamu???

    Saya hanyalah musafir jalanan yang sebelah mata pun tidak layak dipandang…kerana saya hanyalah insan yang berpakaian hina dina…"

    TIPU!!!!

    ReplyDelete